Terma dan Syarat
KEHILANGAN / KEROSAKAN / KELEWATAN
Pihak kami akan mempastikan setiap barang dibungkus dengan teliti untuk mempastikan barang dihantar dengan sempurna. Sekiranya berlaku kehilangan/kerosakan semasa penghantaran pihak kami tidak bertanggungjawab dalam mengganti/menukar barang tersebut.
Nombor Tracking akan diberikan setelah barang dipos supaya pembeli dapat mengesan barang masing-masing sekiranya barang tersebut terlewat sampai daripada tarikh yang dijadualkan. Menghubungi pihak pos untuk mengesan barang yang terlewat tiba bukan tanggungjawab pihak syarikat.
PEMBATALAN/PEMULANGAN
Pihak pembeli tidak dibenarkan membuat sebarang pembatalan pesanan selepas pembayaran dibuat. Pihak kami tidak akan membuat pemulangan dari segi wang. Pihak pembeli hanya boleh menukarkan produk tersebut dengan produk lain yang sama nilai dengannya.
Sebarang produk yang telah dipos/hantar, tidak boleh dipulangkan semula melainkan atas alasan kerosakan pengilangan. Kerosakan mestilah dimaklumkan dalam masa 3 hari setelah barang diterima dan dipos semula/dikembalikan dalam masa 1 minggu dari tarikh penerimaan.
PENTING
Pihak kami berhak untuk menukar dan menambah syarat-syarat di dalam perjanjian ini dari masa ke semasa. Sila berhubung dengan kami sebelum sebarang pembayaran dibuat.Perjanjian ini dibuat dengan niat yg baik untuk menjaga keharmonian di antara pihak kami dengan pembeli. Semoga kita semua medapat rahmah dari Allah di dalam mencari rezeki yang halal. Amin.